Wednesday 7 December 2016

Sundubu Jjigae ( Stew tauhu lembut Korea)


Gambar Hiasan)

Asalamualikum. 안녕하세요
Asalamualikum.Annyeonghaseyo Hari ini akak
nak bagi resepi Sundubu Jjigae. kalau dalam bahasa Melayunye Stew Tauhu Lembut. Sundubu tu Tauhu lembut. Jjigae tu stew/sup. Rasanya mmg marbeles la. Akak bab makan ni jarang nak kata tak sedap.. hahha semua sedap. Tapi bila akak kata sedap, korang kena percaya. Hahhaha.


Sundubu Jjigae ni akak dah buat banyak kali. Kekadang 10 malam pun akak buat bila tergerak hati nak makan. haha sebab stok Tauhu lembut selalu ada kat rumah. Dan bahan penting lain iaitu KIMCHI. Mestilah QOLBI KIMCHI sentiasa ada kat rumah. MEstilah ada kan.. Parah kalau taukey KImchi tak der stok kat rumah. hahhaha

Nak order KIMCHI?? Halal KIMCHI. QOLBI Kimchi.meh watsapp akak tau. 011 320 33313. Insyallah pasti di jawab kecuali sangat sibuk, hp anak main, abis bateri dan rosak. hehhe. Ok. let stat. hahaha 시작하자.Sijaghaja.

Bahan-bahannya:

Tauhu lembut(sundubu)
Cendawan enoki ( cendawan lain pun boleh)
Daging/ayam
dawan bawang

Untuk buat Jjigae( stew/sup)

KIMCHI mesti pilih QOLBI KIMCHI. Halal
Bawang Holand
Halia ( kisar/tumbuk)
Bawang putih.( Kisar/tumbuk)
Cili serbuk (Gochugaru)( pakai jenama Malaysia jek. heheh
Minyak masak ( sikit jeK. agak-agak)
1/2 sudu soya souce. (Kicap)
Garam secukup rasa.( Jom pakai Garam bukit)
Minyak bijan
Bijan.
Kiub ikan bilis
Air
sos ikan

Ok. Akak ajar macam mana nak buat stew/sup nya.

sebelum tu akak nak bagitau, jumlah setiap bahan tu, korang agak-agak jek la. sebab akak pun main agak-agak. hahha so tak der la saiz atau jumlah yang tepat.

Ok

시작하자.Sijaghaja.

Cara nak buat stew:
1. Bawang holand ( racik)
2. Bawang putih dan halia. ( blend. kalau terlebih rajin boleh tumbuk. hahhaa
3. Masuk kan sedikit minyak masak. Tumis bawang holand, bawang putih dan halia. Lepas tu masukkan Kimchi. Qolbi Kimchi. pergi. bila masuk jek Kimchi mula la meleleh air liur. haha. janji air liur tak masuk dalam periuk.
4. Lepas tu masukkan serbuk cili. Ikut la. kalau nak pedas.. masuk la banyak. Tapi INGAT!! QOlbi KIMCHI ni akak mmg dah buat pedas sikit. Agak-agak la nak pedas ke tidak.
5. Masukkan daging. agak-agak empuk.Masukkan Air. ( kalau rasa nak banyak air. bubuh la banyak.
6. Kemudian masukkan kiub ikan bilis, sos ikan( dalam dua sudu ok dah) dan kicap
7. Biar kan masak.. mengelegak.. bup bup bup bunyinya. hehhe
8. ok. bila dah mengelegak.. masukkanla. cendawan dan tauhu lembut tu. kemudian last.. masukan minyak bijan ( dalam 2 sudu cukup), daun bawang dan bijan.
9. Tadaaaaaaaaaaaa.. cukup la.. boleh la makan, makan masa panas. waa.. berpeluh dan marbeles.

Akak cakap betui. cubalah. sedap sangat. lebih sedap dari tomyam. hahahha.

halal kimchi
Sudubbu Jjiage

Taddaaaa.. yang ini yang akak masak bila tak cukup bahan. hahhaha.. tapi janji sodap. masak sup ni. boleh tahan 3 hari wa cakap lu. tak basi punya.

Nak Order QOLBI KIMCHI.
KIMCHI HALAL
HOMEMADE


 
011 320 33313
011 320 33313
 011 320 33313

Kak Jue

Anda Watsapp akak balas. hehhe 

SemoGa Allah merahmati anda semua. Terima kasih. 




Monday 5 December 2016

KIMCHI RAMYUN

KIMCHI RAMYUN


Asalamualaikum.. hari ni nak cerita bagaimana untuk membuat KIMCHI RAMYUN. Ramyun tu mee . hehe selalu saya guna maggi. senang dan cepat. Sekarang banyak dah jual KIMCHI RAMYUN atau RAMEN ni. diororang dah buat cam instant noodle dalam pack. buh air panas.. masuk instant ni.. tadaaaa.. siap. Tapi untuk resepi kali ini.. kita buat KIMCHI RAMYUN tanpa perisa yang ada dalam instant noodle tu.
Bahan-bahan
1. Mee segera.
2. 100 gm KIMCHI
3. 1 sudu besar serbuk kari
4. 2 ulas bawang putih ( Kisar)
5. 4 ulas bawang merah ( kisar)
6. 1 sudu besar cili kering di kisar ( kalau ada cili paste korea tu lagi best)
7. cendawan jepun atau cendawan butang. , sayur sawi ( ikut suka)
8. Lala, udang, atau apa sahaja yang korang nak masukkan . hehehe
9. Tauhu
10. Air ( agak agak jek berapa banyak nak letak)
Cara memasak
1. Letakkan sedikit minyak dalam kuali atau periuk. ( ikut suka la nak guna yang mana satu)
2. tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah. dah masak.. masukkan serbuk kari.
3. kemudian masukkan air, biar mengelegak, Kemudian masukkan KIMCHI.
4. Lepas dan biarkan seketika, masukkan cendawan, sayur sawi, tauhu ,udang dan lala. Biarkan dia masak seketika.
5. Masukkan mee segera, dan biarkan masak. Kalau rasa kurang masin tambah garam sikit. tak perlu banyak, sebab kimchi tu mmg ada rasa masin sikit.

tADAAAA... BLEY MAKAN DAH..
KIMCHI RAMYUN QOLBI KIMCHI


Nak Order KIMCHI??
meh order ngan akak meh. InsyaAllah
011 320 33313 - JuLIA

BIBIMBAP

Asalamualaikum.. Ari ni Admin nak cerita macam mana senang nya buat Bibimbap. heheheh.. kalau makan kat DUBUYO tu.. rega rm20 kan untuk seorang makan. pergh.. Kali ini kalau rm 20 tu boleh makan 4 orang. heheh
meh nak kongsi
Bahan-bahannya
Nasi. saya guna beras perang. haha diet kunun. tapi boleh jek guna beras biasa.
1. Ayam atau daging.. potong kecil. kalau daging tu hirislah nipis - perap dengan kicap cair dan pekat, gula, garam, bawang putih kisar dan sos tiram. ( perap la dalam 30 minit) Dah perap 30 minit, lepas tu goreng dalam kuali leper dengan minyak sikit sehingga masak.
2. Bayam - rebus bayam. tos. gaulkan dengan sedikikit minyak bijan dan sedikit garam
3. Taugeh ( yang besar punya tu) - rebus jugak dan toskan. gaul dengan sedikit minyak bijan dan sedikit garam
.4. Lobak merah.- potong kecil. kemudiaan gaulkan dengan sedikit garam dan goreng juga.minyak sikit jek tau.lepas tu gaulkan dengan sedikit minyak bijak
5. Cendawan -- potong kecil. kemudiaan gaulkan dengan sedikit garam dan goreng juga.minyak sikit jek tau.lepas tu gaulkan dengan sedikit minyak bijak6. Goreng telur. separuh masak. biar kuning tu goyang goyang. hehe
7. JANGAN LUPA QOLBI KIMCHItadaaaaaaaaaa..Bibimbap ni sedap kalau makan dengan SOS GOCHUJANg. hehe boleh beli siap di pasaraya terpilih atau buat sendiri. Kalau yng original sos ni.. nak buat makan masa bertahun. hehe tapi kita buat yang segera ye..
cara-caranya :Taucu + gula + air suam sedikit hancurkan.. kalau senang.. blend jek. hehe lepas tu campurlah dengan serbuk cili. nak pedas buh la banyak..
Tadaaaaaaa.. lepas tu.. susun la cantik cantiknasi bawah.. atasnya susun lah sayur-sayuran dan bahan bahan lain tadi. letak sos GOchujang.. titiskan minyak bijan sikit.. dan bijan yang dah di sangaikan..pastu boleh la ngapppp!!!
macam mana nak Ngappp!!!gaul gaul gaul.. semua kasi bercampur campur.. pastu ngap..kalau nak tambah sup pun boleh. buat la sup.. boleh buat sup taugeh or tauhu.. tadaaaaaaaaaaa,,,
bismillahirahmanirahim..makan makan makan makan.. burppppppp ALHAMUDLILLAH..
senangkan...
Nak Order KIMCHI??
meh order ngan akak meh. InsyaAllah
011 320 33313 - JuLIA

MASAK PEDAS IKAN BERSAMA QOLBI KIMCHI

Asalamualaikum.. tadddaaaaaaaaa..
http://resepikorea.blogspot.my/
MASAK PEDAS IKAN BERSAMA QOLBI KIMCHI

mari try masakan ni Masak Pedas Ikan bersama KIMCHI.. sesungguhnya anda tidak akan kecewa untuk mencuba resepi ini. JOM.. lets go.. Kita gabungkan masakan Melayu dan Korea..
Bahan-bahan
1. Kimchi 350gm
2. Ikan kembung 3 ekor
3. Daun Kesum
4. Bunga Kantan
* untuk di tumbuk atau di blender.. ikut kerajinan ye.. saya malas. blend jek semua.. ehehhe
Cili kering - sukatan ikut la banyak mana.. sy mmg suka pedas.. so mmg banyak la
Bawang Besar- saya guna dua biji. Ada yang suka bawang kecil.. boleh jek.. sy suka letak bawang banyak.. bagi ada rasa manis sikit
bawang putih - ikut suka jugak la
Halia - sikit jek
Caranya..
1. blend la semua mende yang dalam *.
2. masukkan minyak dalam periuk. kuantiti.. agak agak la.. hehhe... masakkan bende yang di blend tu sampai naik bau.. dan cili tu masak
3. masukkan daun kesum dan bunga kantan
4. masukkan kimchi bersama kuahnya.. ( kuah tu la penyedapnya)
5. biar masak kejap.. masukkan ikan. ( pastikan ikan disiang dulu. dan basuh bersih bersih tau.. hehhe)
6. masakkan la.. sehingga ikan masak..
* tak perlu letak garam. sebab kimchi tu dah masin
* tak perlu letak air asam.. sebab kimchi tu dah masam..

SIAP.!!! selamat mencuba.
Mana nak dapat QOLBI KIMCHI???
ish.. apa lagi WATSAPP SAYA.
JULIA 011-32033313
WAN 019-2696917
WATSAPP PUN BOLEH..

500 GM - RM 16
1 KG RM 30
TIDAK TERMASUK KOS POS.. tq