Monday 5 December 2016

KIMCHI RAMYUN

KIMCHI RAMYUN


Asalamualaikum.. hari ni nak cerita bagaimana untuk membuat KIMCHI RAMYUN. Ramyun tu mee . hehe selalu saya guna maggi. senang dan cepat. Sekarang banyak dah jual KIMCHI RAMYUN atau RAMEN ni. diororang dah buat cam instant noodle dalam pack. buh air panas.. masuk instant ni.. tadaaaa.. siap. Tapi untuk resepi kali ini.. kita buat KIMCHI RAMYUN tanpa perisa yang ada dalam instant noodle tu.
Bahan-bahan
1. Mee segera.
2. 100 gm KIMCHI
3. 1 sudu besar serbuk kari
4. 2 ulas bawang putih ( Kisar)
5. 4 ulas bawang merah ( kisar)
6. 1 sudu besar cili kering di kisar ( kalau ada cili paste korea tu lagi best)
7. cendawan jepun atau cendawan butang. , sayur sawi ( ikut suka)
8. Lala, udang, atau apa sahaja yang korang nak masukkan . hehehe
9. Tauhu
10. Air ( agak agak jek berapa banyak nak letak)
Cara memasak
1. Letakkan sedikit minyak dalam kuali atau periuk. ( ikut suka la nak guna yang mana satu)
2. tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah. dah masak.. masukkan serbuk kari.
3. kemudian masukkan air, biar mengelegak, Kemudian masukkan KIMCHI.
4. Lepas dan biarkan seketika, masukkan cendawan, sayur sawi, tauhu ,udang dan lala. Biarkan dia masak seketika.
5. Masukkan mee segera, dan biarkan masak. Kalau rasa kurang masin tambah garam sikit. tak perlu banyak, sebab kimchi tu mmg ada rasa masin sikit.

tADAAAA... BLEY MAKAN DAH..
KIMCHI RAMYUN QOLBI KIMCHI


Nak Order KIMCHI??
meh order ngan akak meh. InsyaAllah
011 320 33313 - JuLIA

1 comment: